Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-25 dari 19 hingga 25 Jun meningkat 10.9 peratus atau 14,195 kes kepada 15,739 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-24).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, bilangan kes kematian pada ME ke-25 mencatatkan penurunan 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.